Thursday, January 26, 2012

Santapan Hati



 Kadang-kadang ' jemputan ke arah KEBAIKAN ' singgah secara tibe-tibe ...
KUTIPLAH titipan kasih daripada ALLAH apabile suare hati mu berbisik :


" sampai BILA aku harus begini ... "
" aku perlu BERUBAH ... "
bukan begini caraku BERSYUKUR padaNYA ..."

Apabila seseorang didatangi rasa HATI yang seperti itu , bermaksud dye telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke arah kebaikan .... sambotlah ... raihlah ... mOga dirimu sentiase berade dalam KEBAIKAN .. 




" Ya Allah. kau lihatlah tangan yang kami hulurkan kepadamu di mana berlumuran dengan maksiat yang Engkau sendiri amat mengerti ya Allah. Ya Allah, ya Allah, ampunilah ya Allah dosa yang pernah kami lakukan kepadaMu. Ampunkanlah ya Allah, ampunkanlah ya Allah."

"Bagaimana kami akan berdepan denganMu-dengan dosa ini ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, cukuplah, cukuplah hati ini tak mahu lagi bermaksiat kepadaMu tapi apakan daya ya Allah, syaitan, hawa nafsu yang kejam, rakus mengheret kami untuk bermaksiat kepadaMu. Ampunlah Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah! ya Allah sekiranya Engkau ampunkan dosa kami, jangan lupa ya Allah! kami kenal tangan kami yang kotor  tapi demi sayangkan ibu dan ayah kami hulurkan juga tangan ini agar  Kau ampuni dosa Ibu dan ayah. Ampunilah ayah! . Ampuni ibu ya Allah. Kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah!

" Sekiranya ibu dan ayah kami masih hidup berada di dalam kesesatan dan bermaksiat, maka kau gantikanlah dengan hidayatMu dan kebajikan. Dan sekiranya mereka berada di alam kuburMu, ya Allah! kami tak sanggup melihat mereka  dibakar, diseksa dan di azab. Ampunilah kasihanilah ya Allah. Kasihanlah.

Amin...Aminn.. ya Rabbal alamin! :'( 

Tuesday, January 24, 2012

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa. 

  • Menyegerakan berbuka puasa.
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
  • Membaca doa berbuka puasa.
  • Melambatkan sahur kerana ada padanya berkat.
  • Memperbanyakkan membaca al-quran, berzikir, berselawat, dan membuat amal kebajikan.
  • Sentiasa bersedekah kepada fakr miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak memberi manfaat.
  • Mandi Junub lebih awal, sebelum masuknya waktu subuh. 


Sunday, January 22, 2012

Perkara-perkara yang membatalkan puasa.



  • Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
  • Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Keluar haid dan nifas.
  • Gila
  • Murtad. (keluar daripada Islam)
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  • Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadhan).

Rukun-rukun puasa.




Friday, January 20, 2012

Puasa

Syarat Wajib Puasa.


1. Islam         - Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
2. Bligh         - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang
                        belum baligh atau belum cukup umur. 
                        Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-
                        kanak.
3. Sihat          - Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit
                        jika berdaya berpuasa atau orang yang
                        terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan
                        fidyah.
4. Berakal     - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
5. Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib
                         menggantikan puasa selepas bulan Ramadhan.
6. Suci            - Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Syarat Sah Puasa


                     1. Islam 
                     2. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan 
                         yang mana najis dan yang mana tidak)
                     3. Suci daripada haid dan nifas.
                     4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan.



Wednesday, January 18, 2012

Pelajaran 3


Puasa


Makna Puasa 

Dari segi bahasa :
 beerti menahan diri daripada sesuatu.

Dari segi Istilah Syarak :
Manahan diri daripada perkara -perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan.

- Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. Tempohnyabermula sesudah tenggelam matahari sehingga terbit fajar.


Lafaz Niat :










Monday, January 16, 2012

Pelajaran 2

Tayamum



Rukun Tayamum :
1. Niat, lafaznya :


"Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-mata kerana Allah Taala." 


2. Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu tanah 
    ke muka atau semasa menepuk debu itu.
3. Menyapu debu tanah ke muka.
4. Menyapu debu tanah di tangan (dengan menggunakan debu
    yang lain selain daripada yang di sapu ke muka tadi) sehinggalah
    ke siku. (Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai
    ke siku memadai di pergelangan tangan sahaja).
5. Tertib



                                        1. Tepuk tangan ke debu.
                                        2. Sapu di muka.
                                        3. Bersihkan tangan dari debu.
                                        4. Sapu tangan kanan.
                                        5. Sapu tangan kiri.

Perkara-perkara yang membatalkan tayamum : 

1. Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga
    membatalkan tayamum.
2. Murtad.
3. Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air setelah
    bertayamum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan air
    untuk berwuduk dan bersolat. Sekiranya sesudah bersolat
    (dengan bertayamum) tiba-tiba adanya air, solat tadi tidak wajib
    diulangi.


PERINGATAN 1 : 
Setiap tayamum hanya boleh mengerjakan satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja. 

PERINGATAN 2 :
Debu tanah yang hendak disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur dengan tanah yang telah disapu ke muka.