Thursday, February 2, 2012

Sebab-sebab doa tidak diterima:


  • Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan      suruhanNya
  • Mengatakan cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan Sunnahnya
  • Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
  • Mengatakan Syaitan itu musuhnya tetapi tidak menentangnya
  • Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
  • Mengatakan Syurga itu benar tetapi tidak beramal untuk mendapatkannyaMengatakan Neraka itu benar tetapi tidak berusaha lari daripadanya
  • Mengatakan Mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
  • Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
  • Mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka

Syarat-syarat doa dimakbulkan:


  1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah.
  2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.
  3. Tidak melakukan perbuatan maksiat.
  4. Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


Wednesday, February 1, 2012

Pelajaran 4


Doa


Allah berfirman,
Maksudnya : 
Dan berkata Tuhan kamu, "Mintalah (berdoalah) kepadaku, Aku akan tunaikan permintaan kamu "

Syarat-syarat berdoa.



  • Dalam keadaan berwuduk.
  • Dalam keadaan menutup aurat.
  • Menghadap ke kiblat.
  • Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk.
  • Tidak tergesa-gesa.
  • Dimulai dengan memuji kebesaran Allah.
  • Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.
  • Diakhiri dengan selawat dan salam.
  • Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.


Thursday, January 26, 2012

Santapan Hati



 Kadang-kadang ' jemputan ke arah KEBAIKAN ' singgah secara tibe-tibe ...
KUTIPLAH titipan kasih daripada ALLAH apabile suare hati mu berbisik :


" sampai BILA aku harus begini ... "
" aku perlu BERUBAH ... "
bukan begini caraku BERSYUKUR padaNYA ..."

Apabila seseorang didatangi rasa HATI yang seperti itu , bermaksud dye telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke arah kebaikan .... sambotlah ... raihlah ... mOga dirimu sentiase berade dalam KEBAIKAN .. 




" Ya Allah. kau lihatlah tangan yang kami hulurkan kepadamu di mana berlumuran dengan maksiat yang Engkau sendiri amat mengerti ya Allah. Ya Allah, ya Allah, ampunilah ya Allah dosa yang pernah kami lakukan kepadaMu. Ampunkanlah ya Allah, ampunkanlah ya Allah."

"Bagaimana kami akan berdepan denganMu-dengan dosa ini ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, cukuplah, cukuplah hati ini tak mahu lagi bermaksiat kepadaMu tapi apakan daya ya Allah, syaitan, hawa nafsu yang kejam, rakus mengheret kami untuk bermaksiat kepadaMu. Ampunlah Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah! ya Allah sekiranya Engkau ampunkan dosa kami, jangan lupa ya Allah! kami kenal tangan kami yang kotor  tapi demi sayangkan ibu dan ayah kami hulurkan juga tangan ini agar  Kau ampuni dosa Ibu dan ayah. Ampunilah ayah! . Ampuni ibu ya Allah. Kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah!

" Sekiranya ibu dan ayah kami masih hidup berada di dalam kesesatan dan bermaksiat, maka kau gantikanlah dengan hidayatMu dan kebajikan. Dan sekiranya mereka berada di alam kuburMu, ya Allah! kami tak sanggup melihat mereka  dibakar, diseksa dan di azab. Ampunilah kasihanilah ya Allah. Kasihanlah.

Amin...Aminn.. ya Rabbal alamin! :'( 

Tuesday, January 24, 2012

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa. 

  • Menyegerakan berbuka puasa.
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
  • Membaca doa berbuka puasa.
  • Melambatkan sahur kerana ada padanya berkat.
  • Memperbanyakkan membaca al-quran, berzikir, berselawat, dan membuat amal kebajikan.
  • Sentiasa bersedekah kepada fakr miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak memberi manfaat.
  • Mandi Junub lebih awal, sebelum masuknya waktu subuh. 


Sunday, January 22, 2012

Perkara-perkara yang membatalkan puasa.



  • Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
  • Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Keluar haid dan nifas.
  • Gila
  • Murtad. (keluar daripada Islam)
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  • Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadhan).

Rukun-rukun puasa.




Friday, January 20, 2012

Puasa

Syarat Wajib Puasa.


1. Islam         - Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
2. Bligh         - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang
                        belum baligh atau belum cukup umur. 
                        Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-
                        kanak.
3. Sihat          - Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit
                        jika berdaya berpuasa atau orang yang
                        terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan
                        fidyah.
4. Berakal     - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
5. Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib
                         menggantikan puasa selepas bulan Ramadhan.
6. Suci            - Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Syarat Sah Puasa


                     1. Islam 
                     2. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan 
                         yang mana najis dan yang mana tidak)
                     3. Suci daripada haid dan nifas.
                     4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan.



Wednesday, January 18, 2012

Pelajaran 3


Puasa


Makna Puasa 

Dari segi bahasa :
 beerti menahan diri daripada sesuatu.

Dari segi Istilah Syarak :
Manahan diri daripada perkara -perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan.

- Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. Tempohnyabermula sesudah tenggelam matahari sehingga terbit fajar.


Lafaz Niat :