Monday, January 16, 2012

Pelajaran 2

Tayamum



Rukun Tayamum :
1. Niat, lafaznya :


"Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-mata kerana Allah Taala." 


2. Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu tanah 
    ke muka atau semasa menepuk debu itu.
3. Menyapu debu tanah ke muka.
4. Menyapu debu tanah di tangan (dengan menggunakan debu
    yang lain selain daripada yang di sapu ke muka tadi) sehinggalah
    ke siku. (Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai
    ke siku memadai di pergelangan tangan sahaja).
5. Tertib



                                        1. Tepuk tangan ke debu.
                                        2. Sapu di muka.
                                        3. Bersihkan tangan dari debu.
                                        4. Sapu tangan kanan.
                                        5. Sapu tangan kiri.

Perkara-perkara yang membatalkan tayamum : 

1. Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga
    membatalkan tayamum.
2. Murtad.
3. Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air setelah
    bertayamum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan air
    untuk berwuduk dan bersolat. Sekiranya sesudah bersolat
    (dengan bertayamum) tiba-tiba adanya air, solat tadi tidak wajib
    diulangi.


PERINGATAN 1 : 
Setiap tayamum hanya boleh mengerjakan satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja. 

PERINGATAN 2 :
Debu tanah yang hendak disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur dengan tanah yang telah disapu ke muka.

No comments:

Post a Comment