Wednesday, November 23, 2011

Pelajaran 1


Cara Berwuduk Dengan Sempurna
1. Niat
Wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala.
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardhu atasku kerana Allah Ta'ala"

2. Membasuh muka
Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.

3. Membasuh kedua tangan
Dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.

4. Menyapu kepala
Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.

6. Tertib
Mendahulukan yang dahulu.


Batal Wuduk
 
Terdapat 5 perkara yang membatalkan wuduk iaitu:

1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas/lapik.

5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.






Sunat Wuduk
1. Menghadap kiblat.
2. Membaca Bismillah.
3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
5. Memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
7. Menyapu seluruh kepala.
8. Menyapu kedua belah telinga.
9. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
10. Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.

11. Membaca doa wuduk.




Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.






































Tuesday, November 22, 2011

Kisah sedih seorang IBU



Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.


Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.


Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.


Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…



Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!


Wassalam...